Selasa, 8 Julai 2014

Popia Seaweed



Bahan-bahan:
1 bungkus kulit popia
1 bungkus dried seaweed
1 biji telur - di pukul ringan
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
Secubit garam
Minyak untuk mengoreng - secukupnya

Cara Membuat :
1. Pecahkan telur dlm mangkuk kecil dan pukul sedikit menggunakan garfu masukkan serbuk lada dan serbuk pati ayam. Pukul sebati. 
2. Sediakan sekeping kulit popiah. Sapu rata telur tadi di atas permukaan kulit popia  hingga menutupi keseluruhannya.
3. Susun dried seaweed di atas kulit popiah yg sudah dsapu telur tadi dan tutupkan dgn sekeping kulit popiah lagi. Ulang langkah yg sama sehingga kulit popia / dried seaweed habis.
4. Gunting kulit popiah yg sudah berinti tadi mengikut bentuk dan saiz yg di sukai. 
5. Panaskan minyak dlm kuali dan goreng sehingga kulit popiah agak kekuningan. Angkat dan toskan.

Naahhh..sdh sedia utk dimakan begitu saja atau bersama sos  / topping kesukaan anda..kalo x habis leh simpan dlm bekas kedap udara. SELAMAT MENCUBA!

Senarai Blog Saya